Thursday, July 26, 2012

Hidup tak selamanya indah



























Aye people. Hidup. Hidup di dunia hanya sementara. Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan masa lampau yang memeritkan. Life is a gift, full of surprises. Aku masih muda. Umur aku terlalu singkat untuk berbicara tentang kehidupan yang penuh dengan onak dan lara, masih muda remaja.

Pra-sekolah
SK Senaling, 2003
Zaman pra sekolah, zaman yang rasanya penuh dengan kenangan manis. I was a singer in a group, a lead singer to be specific. Pada masa itu, aku sangat comel sampai rasanya ramai peminat aku. Okay, maybe itu agak keterlaluan. Sorry. Tapi honestly, ada juga lah orang yang minat aku masa tu. Hehe.
     "Ei tak malu, dah lah kencing dalam seluar!"
     "Hahaha, balik rumah pakai towel je? Tak malu"
Aku ingat lagi masa aku pernah terkucil dalam seluar. I was 6 rasanya. At that time, aku balik pakai towel je. But still aku rasa comel masa tu. Deal with it. Aku habiskan masa pra-sekolah aku di Kuala Pilah, tempat aku menetap sekarang. Aku rindu zaman ni. Aku rindu kawan-kawan aku yang dulu. Aku rindu main di meja bulat ada lubang tengah-tengah. Aku rindu akak tukang masak tu. Aku rindu semua!

Sekolah rendah
SK BTHO, 2004-2007
Tempat baru, rumah baru, sekolah baru. Aku mulakan persekolahan peringkat rendah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Masa tu first time family aku pindah ke bandar. Aku dapat ramai kawan kat sana, semua friendly. Aku masuk kelas 1 Tanjung. Ada yang kata, kelas tu kelas last. Ada pulak kata kelas tu kelas first. Aku naik pusing. Darjah satu je, tak perlu nak fikir sangat. Naik darjah 2, aku masuk kelas 2 Kenanga. Most of the pupils are from 1 Tanjung. Tak banyak berubah. Cuma aku teringat satu hari ni, aku duduk ala-ala orang buat yoga sambil buat bunyi 'ohmmmmmmm'. Mata aku tertutup masa tu. At the time I open my eyes, mak aih, semua pandang aku macam 'wtf minah ni nak beryoga tengah-tengah kaki lima ni pehal'. Kawan aku gelak je. Malu sungguh! The next year aku masuk 3 Cempaka. Yep, every year aku tukar kelas. Nasib baik naik kelas. Still, the people were the same. Aku ingat lagi crush aku pada masa itu. 3 orang kot! Gatal rupanya aku ni. And in that year, aku masuk pertandingan pakaian apa tah. Yang aku ingat, aku jadi nenek kebayan. Fuhh! Datang sekolah je semua orang pandang. Malu lah juga masa tu. Aku masuk sampai second round je kot. Then I got disqualified. Oh and hari tu juga bola tendangan classmate aku yang masuk pertandingan tu juga terkena tepat di dahiku. Aduh! And semua orang ingat aku nangis masa tu sebab tak dapat masuk final. Hello! Aku nangis sebab kena bola tu la! Sakit tau. 2007, darjah 4, kelas 4 Bakawali. Tahun ni, matang sikit. Hehe. Sikit je. Aku masuk choir. Masa tu aku ingat lagi, nyanyi lagu 'I Have A Dream'. Suara aku masa itu? Perghhh, mengalahkan Jacklyn Victor! Tak ada la. Gurau je. Tahun tu, aku sekolah kat sana sampai bulan Ogos je, then pindah.

SK PP9(2), 2007-2009
Putrajaya. Aku rindu tempat ni. I first masuk sekolah bulan September. Masuk je kelas, I was kinda shocked. Semua bertudung! Except for me and another girl, Julia. Mulalah aku bermonolog, 'Haishh, ni tak boleh jadi. Tahun depan kena pakai juga, kalau tak malu la!' And the next year memang aku bertudung, di sekolah sahaja la. Took my UPSR there and got 5A's. Alhamdulillah.

Present days
Aku, yang kini baru setahun jagung, tidak punyai banyak pengalaman untuk berbicara tentang hidup yang akan ku rentangi di masa akan datang. I've got friends who care and a nice life. But I've got to remember, hidup tak selamanya indah. Ada kalanya, kita perlu menitiskan air mata. Ada kalanya, kita perlu melepaskan segala yang terpendam sekian lama. Aku hidup untuk belajar, mencari ilmu untuk mengharungi masa depan yang entah bagaimana warnanya.